kawan??~


kawan sememangnya mempunyai pengaruh yang besar dalam kehidupan seharian kita. kawan juga ibarat cermin yang memberi refleksi tentang diri kita. tak kisah lah negatif ataupun positif.kita seharusnya menerima segala nasihat, termasuklah teguran yang membina kemantapan akhlak kita :)
sekadar peringatan, janganlah kita sesekali menyimpan dendam ke atas kawan-kawan. setiap orang pasti melakukan kesalahan. lupakan kesalahan orang lain kepada kita, maafkan mereka dan juga lupakan kebaikan kita pada orang lain kerana perbuatan mengungkit-ungkit boleh menimbulkan riak. ha nak ke dapat dosa disebabkan riak? sia2 je kebaikan yang kita buat..
haha sekian sahaja coretan kali ni.. wassalam~

Love Ya. urm, macam lagu kumpulan ss501 la pulak ye. hihi. sekadar gambar.
pesanan kali ini : cintailah yang Maha Mencintai kerana hidupmu akan lebih bererti.

S m i l e !

sekadar renungan


Salam sejahtera. Kali ni nak olah isu pasal remaja. kenapa agaknya sesetengah remaja terlalu suka mengikut perasaan? Sepatutnya ikut akal yang telah dikurniakan oleh Allah.Zaman sekarang yang serba moden ni, kebanyakan remaja kecundang di tengah jalan gara-gara kesilapan mereka. Salah siapa agaknya? Sekadar renungan, remaja seharusnya didorong dengan jenis asuhan yang baik kerana mereka akan mengaplikasikannya apabila mereka dewasa nanti. Mereka akan mengenang kembali apa yang telah dipelajari dan seterusnya berusaha memperbaiki diri ke arah yang lebih baik. Kejarlah keredhaan Allah, tak usah dikejari harta kerana cinta kepada harta semata-mata hanyalah sia-sia sedangkan cinta kepada Allah jualah yang kekal abadi.. InsyaAllah.
Akhir kata, ukirlah senyuman yang membina kekuatan dirimu agar kamu mampu menempuh hari-hari yang mendatang.
s m i l e !!




Assalamualaikum
Ahlan Washlan wa marhaban bikum..
hatoyaii speaking bahasa arab la pulak. biasa la, bahasa utama saya bahasa arab. ecece. saje nak ngarut-ngarut sikit kat blog ni. bukan apa, dah lama rasanya tak edit blog ni. dengan kesibukan yang maksima, masa yang diperuntukkan untuk blog pun menjadi minima. tapi tak mengapa, saya tetap akan mencari masa untuk mengedit blog.

Hwee!

RAYA KE-6 ???

Ha,, jeng3!!

dah raya ke-6.. apa agaknya pengisian kita sempena syawal ni.. mestilah berkunjung ke rumah orang kn?? sanak-saudara,, jiran tetangga dan yang sewaktu dengannya memang sinonim dengan amalan kunjung-mengunjung ni.

bila berkunjung ke rumah orang lain tu seelok-eloknya beritahu tuan rumah dahulu.. bukan apa,, untuk mengelakkan tuan rumah kelam-kabut ataupun kita boleh memastikan hala tuju destinasi kita dengan sebaiknya.. ye lah,, ramai yang beranggapan terjah rumah ke rumah lebih meriah.. betul ke??

salah tu. kita kena la fikir pasal orang lain jugak.. hehe..

diharapkan agar kita semua dapat memenuhi pengisian syawal dengan sebaiknya supaya kita mendapat rahmat Allah hendaknya.. InsyaAllah~~

SYAWAL

selamat hari raya Aidilfitri !!

semoga raya kali ni memberi kita 1001 makna.. bercakap pasal juadah hari raya ni seminggu pun tak habis.. apakah?? haha (tak lawak pun kn) sebenarnya tujuan kita menyambut syawal bukanlah bermaksud masa untuk kita makan sepuas-puasnya ataupun masa untuk kita bergaya sakan.

raya ni,, makan tu makan jugak.. yang penting nilai kesyukuran yang seharusnya diutamakan.. hehe.. bukan la niat untuk memberi ceramah,, tapi sebagai manusia dan juga saudara seIslam,, saya nak berkongsi pesanan yang berguna untuk kita semua.. jadi,, harap-harap kita semua dapat memanfaatkan kelebihan Aidilfitri yang menjelang ni..
last,, but not least...

SALAM LEBARAN

suratan

ada satu soalan yg sering bermain dalam kotak fikiran sy.
kenapa wujud org2 yg berbangga apabila MELAKUKAN DOSA. Padahal sudah jelas apa yg mereka lakukan adalah dosa. mungkin fenomena ini boleh sy kategorikan sbg penyakit zaman moden atau 2010 yg penuh dgn tanda tanya. mungkin anda fikir sy seperti cuba mencari kesalahan org lain,, sebenarnya kita semua haruslah sentiasa memuhasabah diri. termasuk juga diri sy yg naif ini. tetapi apa yg pasti, peranan sbg seorang khalifah di muka bumi jgnlah diabaikan kerana sbg hambaAllah, sudah menjadi tnggungjawab kita utk menguruskn hal kehidupan kita di dunia dgn sebaik-baiknya. sekian :)

 

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

fully designed byyoUnique nurdani ©2011 All Rights Reserved

Woah! corner