Percutian yang Menyeronokkan

Percutian yang dimaksudkan bukanlah bercuti di kawasan pelancongan tetapi menghabiskan kebanyakan masa di rumah. Al-maklumlah lepasan program Matrikulasi, sudah semestinya pada masa ini la saya mendapat ruang dan peluang berada di rumah.
Masa lapang seharusnya digunakan dengan sebaik-baiknya. Bak kata pepatah Arab, masa itu ibarat pedang, jika kita tidak memotongnya ia akan memotong kita. Jadi, saya pun mengambil pengajaran daripada pepatah tersebut dengan melakukan aktiviti yang berfaedah. Sudah semestinya bermain game Sudoku yang mencabar minda.
Selain tu, hobi saya adalah membaca majalah dan memasak. Haha, tahu masak ke blogger ni? saya sendiri tak dapat nak tentukan sebab saya memang suka masak walaupun pada hakikatnya masakan tersebut tak sedap. Jadi, masa cuti ni lah saya rebut peluang untuk masak sepuasnya.


0 comments:

 

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

fully designed byyoUnique nurdani ©2011 All Rights Reserved

Woah! corner