Cintan Cinton

'Ada apa dengan cinta?' (tajuk lagu, hihi) Perasaan sayang dan cinta merupakan fitrah bagi setiap manusia di muka bumi ini. Sesiapa saja akan merasakannya. Cinta yang tulus dan suci lahirnya daripada hati yang bersih. 
 Ramai yang menyalahtafsirkan bahawa cinta yang sejati adalah cinta kepada manusia. Sesungguhnya ada juga kebenaran di situ, namun sebenarnya cinta kepada Ilahi jua yang kekal abadi. Kita sebagai hamba Allah seharusnya seimbang dalam apa jua yang kita lakukan. Dunia dan akhirat haruslah seimbang agar kita menjadi mukmin yang sejati.
Apabila kita mencintai Pencipta kita, kita akan memperoleh cinta manusia dengan jayanya. Cinta yang dibatasi dengan syariat dan mengikut hukum agama yang sewajarnya. Tidak sukar sebenarnya, kita yang menentukan baik dan buruk sesuatu perkara yang kita laksanakan.
Akhir sekali, tidak jemu untuk saya ulangi 'Cintailah yang Maha Mencintai kelak dirimu akan disayangi'
insyaAllah.
Sekian sahaja entri kali ini~
Wassalam::


0 comments:

 

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

fully designed byyoUnique nurdani ©2011 All Rights Reserved

Woah! corner