Salam sejahtera. Kali ni nak olah isu pasal remaja. kenapa agaknya sesetengah remaja terlalu suka mengikut perasaan? Sepatutnya ikut akal yang telah dikurniakan oleh Allah.Zaman sekarang yang serba moden ni, kebanyakan remaja kecundang di tengah jalan gara-gara kesilapan mereka. Salah siapa agaknya? Sekadar renungan, remaja seharusnya didorong dengan jenis asuhan yang baik kerana mereka akan mengaplikasikannya apabila mereka dewasa nanti. Mereka akan mengenang kembali apa yang telah dipelajari dan seterusnya berusaha memperbaiki diri ke arah yang lebih baik. Kejarlah keredhaan Allah, tak usah dikejari harta kerana cinta kepada harta semata-mata hanyalah sia-sia sedangkan cinta kepada Allah jualah yang kekal abadi.. InsyaAllah.
Akhir kata, ukirlah senyuman yang membina kekuatan dirimu agar kamu mampu menempuh hari-hari yang mendatang.
s m i l e !!
0 comments:
Post a Comment