NABI MUHAMMAD RASUL JUNJUNGAN

Setelah ibu baginda meninggal dunia, baginda diasuh oleh datuknya, kemudian baginda diasuh oleh pak ciknya. Selama pengasuhan pak ciknya, baginda menggembala kambing dan menjalankan perniagaan. Baginda juga pernah mengikuti peperangan Fijar bersama orang Quraisy lain. Baginda dikenali dengan as-siddiq al-Amin (orang yang jujur lagi dipercayai).
Allah selalu menjaga baginda dari syaitan dan bala tenteranya.Ketika umur baginda 25 tahun, baginda menikahi Khadijah, pada waktu itu Khadijah berumur 40 tahun. Setelah mendirikan rumahtangga, baginda sering menyendiri di gua Hira. Pada waktu umur baginda 40 tahun, turunlah malaikat Jibril membawa risalah Allah untuk mengangkat baginda menjadi seorang nabi.
Selama tiga tahun lamanya baginda menyeru manusia menyembah Allah secara rahsia. Kemudian setelah itu, baginda berdakwah secara terang-terangan sehingga mendapat tentangan hebat daripada orang-orang Quraisy. Mereka juga mengatakan baginda ahli sihir dan orang gila. Ketika Khadijah meninggal dunia, kemudian disusuli oleh pak ciknya, Allah memuliakan baginda dengan mengatakan perjalanan di malam hari, lalu naik ke langit.
Ketika sudah tidak ada jalan lagi untuk mengajak orang Makkah menyembah Allah, bahkan mereka hendak membunuh baginda. Maka Allah memerintahkan baginda berhijrah di gua Tsur, untuk menghindari kekejaman orang-orang Quraisy. Kemudian baginda berangkat menuju Madinah.
Baginda adalah orang sebaik-baik orang yang berjalan di atas kedua belah kakinya, sebaik-baik orang yang diutus untuk umatnya, sebaik-baik orang yang mengerjakan solat, puasa dan haji. Di tangan baginda, terdapat batu tasbih dan batu mengucapkan salam kepada baginda. Baginda mempunyai tanda kenabian di tapak tangannya.

DUNIA ISLAM

Dunia luar datang mengepung,
dunia Islam sudah terkurung,
ibarat buih hanyut terapung,
dipukul ombak besar menggulung.

Bilangan banyak tidak berguna,
bila ''wahan'' penyakit kita,
takutkan mati cintakan dunia,
sangat rosak iman di dada.

TAQWA

Jadikan taqwa sebagai jalan,
dalam hidup sepanjang zaman,
taat dan patuh pada pimpinan,
selama al-Quran jadi pegangan.

Sunnah nabi dipegang teguh,
sunnah khulafa diikut penuh,
mesti waspada ajaran musuh,
bida'ah dhalolah wajib dijauhi.

DOSA-DOSA YG DIREMEHKAN

1. MENYEKUTUKAN Allah seperti amalan syirik di kubur dan sembelihan kerana selain Allah
2. menghalalkan yg diharamkan Allah
3. sihir dan ahli nujum
4. mempercayai kesan-kesan bintang
5. riyak dlm beribadat
6. mempercayai adanya sial
7. menganggap benda mempunyai keramat
8. solat tidak ada toma'ninah
9. banyak bergerak ketika solat
10. mendahului imam ketika solat
11. mengerjakan zina
12. mengerjakan liwat
13. wanita yg enggan menuruti kehendak suaminya
14. melakukan zihar
15. bersalaman dgn wanita
16. wanita memakai wangian berlebihan
17.meminta-minta kpd orang lain
18. mengumpat
19. mengadu domba
20. berbisik di hadapan org ketiga
21. pakaian yg menyeret tanah
22. wanita berpakaian nipis dan ketat
23. menghasilkan gambar makhluk bernyawa
24. memukul wajah
25. tidak bercakap (bertegur) lebih dari tiga hari

RENUNGAN BERSAMA

Menjauhi perkara-perkara haram itu wajib hukumnya, sebaliknya ada orang yg sempit dadanya dan berkedut keningnya mendengar perkara yg haram lalu berkata, ''Semua haram, tidak ada yg tidak haram. sungguh banyak larangan dalam hidup ini. kebebasan saya dibatasi dan hidup saya susah kalau begini, padahal agama itu mudah dan Allah Maha Pengampun.''
Sebenarnya segala hukum yg ditetapkan oleh Allah memang baik untuk kita selaku hamba, cuma kita yg mengambil remeh tentangnya dan menganggapnya tidak berdosa. Malah ada segelintir masyarakat Islam kini tidak menyedari perbuatan yg mereka lakukan selama inimenyalahi hukum syarak.

 

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

fully designed byyoUnique nurdani ©2011 All Rights Reserved

Woah! corner