Pencuci Mulut

Pencuci mulut yang menjadi kesukaan ramai adalah puding sebab mudah dimakan dan pastinya sedap. Saya suka makan puding, tapi tak tahu cara nak buat. Ni ada resepi puding coklat yang saya dapat.

Sumber : http://hanieliza.fotopages.comPUDING COKLAT

Bahan

10 gm serbuk agar-agar
3 cawan air
1 cawan gula
1 s/b serbuk koko + 1/2 cawan air [dibancuh dan tapiskan]
1 liter susu coklat DUTCH LADY
1 tin fruit koktel

Cara
1. Masakkan air dan serbuk agar-agar sehingga mendideh.
2. Masukkan gula dan bancuhan koko.
3. Masakkan sehingga mendidih sekejap. Tutup api.
4. Masukkan susu coklat dan kacau rata.
5. Tuangkan adunan dalam acuan dan sejukkan dalam petisejuk.
6. Bila menghidang taburkan fruit koktel.





 Senang kan cara nak buat puding coklat. Cubalah, mesti sedap dan memikat hati peminat puding. :)


::Ceriakan hari anda dengan pencuci mulut selepas makan::
http://fizah-liant.blogspot.com/
 

Kisa Kisu


Saya suka untuk memberitahu kepada diri saya 'jangan membazir boleh tak? bersyukur dengan rezeki yang ada, keje senang' haa, sekarang ni pembaziran kian berleluasa nampaknya.
Agak sedih melihat makanan yang dibuang begitu sahaja. Bayangkan orang lain yang menderita ketiadaan makanan pun sanggup merayau-rayau mencari sesuap makanan. Dari situ la timbul peribahasa 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Kita pula makanan serba mewah, tapi sayangnya ada segelintir dalam kalangan kita yang tidak menghargai rezeki dan seterusnya mempraktikkan amalan pembaziran dalam kehidupan seharian mereka.
tak patut tau!
Jadi, sebagai penutup bicara, janganlah sesekali membazir yer.
Bersyukurlah dengan apa yang ada.

P/s : tingkatkan amal ibadah, kurangkan sifat mazmumah :)

Kegemaran Si Blogger 'Stanza Cinta'

Antara makanan kegemaran yang menjadi pilihan hati terutamanya apabila pergi ke kedai makan, tentunya Kue Teow Kung Fu yang menyelerakan. Hehe
Baru dapat resepi jadi nak cuba masak sendiri
Resepi Kue Teow Kung Fu :

Bahan A (kuah)
2 ulas bawang putih
4 gelas air
3 sudu tepung jagung
isi ayam, udang atau sotong (ikut suka)
sayur (ikut suka)
garam (secukup rasa)

Bahan B (kue teow celup telur)
i paket kue teow
3 biji telur (ikut kesukaan)

Cara-cara :
1. Tumis bawang putih sehingga naik bau dan kekuningan
2. Masukkan 4 gelas air. Tunggu sehingga mendidih
3. Masukkan ayam, udang, sotong, sayur, garam secukup rasa, biarkan sehingga masak
4. Bancuh tepung jagung dengan sedikit air dan tuangkan ke dalam kuah tadi hingga kuah menjadi pekat. siap
5. Gaulkan kue teow bersama telur dan goreng pada minyak panas
6. Sedia untuk dimakan

Saiz hidangan 2-4 orang

Sumber resepi : khazanahrahsia.blogspot.com


Go Green!

Kempen 'Cintailah Alam Sekitar', dulu-dulu kita selalu dengar kan kempen ni. sekarang pun kat televisyen kita tengok banyak iklan mengenai alam sekitar. Yang peliknya, ramai yang cakap 'Ala, tak penting pun, kalau kita jaga alam sekitar, ada je orang yang kotorkan, jadi tak ada guna'. Hah, persepsi ni perlu diubah sama sekali. Kenapa? Sebagai manusia yang prihatin dan bertanggungjawab, kita kenalah memelihara alam sekitar termasuklah apa jua ciptaan Yang Maha Esa di muka bumi ini.

kalau tengok sampai kat longkang, bahu jalan atau di mana sekalipun, janganlah ada rasa segan untuk kutip sampah tersebut dan buang ke dalam tong sampah yang berhampiran. Tak susah pun, dapat pahala insyaAllah.

Go Green! Hargai alam sekitar untuk generasi masa hadapan. Kita akan rasa tenang bila mata kita menikmati pemandangan yang menghijau, indah. Yang tu dikira terapi emosi sebab secara tak langsung minda kita juga akan berada dalam keadaan sejahtera. Jadi, senang la kita nak cari idea-idea yang bernas dan mahal tu. Haha.


Apa pulak maksud sign di atas? Semua tahu maksud tapi tak amalkan. Berikut adalah sedikit coretan mengenai sign di atas.
Reuse : Guna semula barang terpakai, contohnya kotak boleh digunakan sebagai rumah agam untuk kucing-kucing yang disayangi, hias sikit bagi nampak lawa. Haha
Reduce : Kurangkan penggunaan plastik, plastik susah lupus. hish
Recycle : Kitar semula, contohnya kertas surat khabar boleh dikitar semula untuk menjadi bahan baru. Tapi tu kerja mesin kan
Kesimpulannya, kita lah yang kena pelihara alam sekitar, takkan haiwan pulak kan. Semoga kita sentiasa berada dalam keindahan di sekeliling kita tak kira kat mana pun kita berada. :)

http://fizah-liant.blogspot.com//


Cintan Cinton

'Ada apa dengan cinta?' (tajuk lagu, hihi) Perasaan sayang dan cinta merupakan fitrah bagi setiap manusia di muka bumi ini. Sesiapa saja akan merasakannya. Cinta yang tulus dan suci lahirnya daripada hati yang bersih. 
 Ramai yang menyalahtafsirkan bahawa cinta yang sejati adalah cinta kepada manusia. Sesungguhnya ada juga kebenaran di situ, namun sebenarnya cinta kepada Ilahi jua yang kekal abadi. Kita sebagai hamba Allah seharusnya seimbang dalam apa jua yang kita lakukan. Dunia dan akhirat haruslah seimbang agar kita menjadi mukmin yang sejati.
Apabila kita mencintai Pencipta kita, kita akan memperoleh cinta manusia dengan jayanya. Cinta yang dibatasi dengan syariat dan mengikut hukum agama yang sewajarnya. Tidak sukar sebenarnya, kita yang menentukan baik dan buruk sesuatu perkara yang kita laksanakan.
Akhir sekali, tidak jemu untuk saya ulangi 'Cintailah yang Maha Mencintai kelak dirimu akan disayangi'
insyaAllah.
Sekian sahaja entri kali ini~
Wassalam::


Percutian yang Menyeronokkan

Percutian yang dimaksudkan bukanlah bercuti di kawasan pelancongan tetapi menghabiskan kebanyakan masa di rumah. Al-maklumlah lepasan program Matrikulasi, sudah semestinya pada masa ini la saya mendapat ruang dan peluang berada di rumah.
Masa lapang seharusnya digunakan dengan sebaik-baiknya. Bak kata pepatah Arab, masa itu ibarat pedang, jika kita tidak memotongnya ia akan memotong kita. Jadi, saya pun mengambil pengajaran daripada pepatah tersebut dengan melakukan aktiviti yang berfaedah. Sudah semestinya bermain game Sudoku yang mencabar minda.
Selain tu, hobi saya adalah membaca majalah dan memasak. Haha, tahu masak ke blogger ni? saya sendiri tak dapat nak tentukan sebab saya memang suka masak walaupun pada hakikatnya masakan tersebut tak sedap. Jadi, masa cuti ni lah saya rebut peluang untuk masak sepuasnya.


kawan??~


kawan sememangnya mempunyai pengaruh yang besar dalam kehidupan seharian kita. kawan juga ibarat cermin yang memberi refleksi tentang diri kita. tak kisah lah negatif ataupun positif.kita seharusnya menerima segala nasihat, termasuklah teguran yang membina kemantapan akhlak kita :)
sekadar peringatan, janganlah kita sesekali menyimpan dendam ke atas kawan-kawan. setiap orang pasti melakukan kesalahan. lupakan kesalahan orang lain kepada kita, maafkan mereka dan juga lupakan kebaikan kita pada orang lain kerana perbuatan mengungkit-ungkit boleh menimbulkan riak. ha nak ke dapat dosa disebabkan riak? sia2 je kebaikan yang kita buat..
haha sekian sahaja coretan kali ni.. wassalam~

 

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

fully designed byyoUnique nurdani ©2011 All Rights Reserved

Woah! corner